Pada penulisan kali ini, saya nak bercerita tentang salah satu haiwan eksortik iaitu kura-kura telinga merah ( Red Eared Slider). Kura-kura ini sudah semakin diminati untuk dipelihara. Kura-kura telinga merah ini boleh membesar sehingga mencecah 12 inchi panjang. Akan tetapi, secara amnya kura-kura jantan lebih kecil daripada kura-kura betina. Tetapi,kura-kura jantan mempunyai kuku yang besar di kaki depan dan ekor yang lebih panjang berbanding kura-kura betina.
Kura-kura telinga merah ini merupakan haiwan dua alam dimana ia boleh hidup didalam air dan di atas darat. Sekiranya anda ada memelihara haiwan eksotik ini, anda perlulah menyediakan tempat yang ada air untuk berenang dan daratan untuk berjemur. Tetapi haruslah dipastikan tempat untuk berjemur, senang dipanjat naik oleh kura-kura supaya ia boleh mengeringkan badan sepenuhnya.
Kua-kura telinga merah merupakan omnivore, bermakna ia boleh makan apa sahaja. Tetapi, kura-kura yang lebih muda cenderung kepada karnivor (haiwan yang memakan daging). Anak-anak kura-kura perlulah diberi makanan setiap hari berbanding dewasa yang boleh diberi makan 2-3 hari sekali.
Tentu ramai yang akan berkata bahawa makanan komersial yang ada di pasaran sudah mencukupi. Tidak payah bersusah member makanan lain. Ini tidak benar sama sekali. Tahukah anda bahawa makanan komersial hanya menyediakan 25% daripada diet keseluruhan kura-kura ini? Ini memang benar, jadi selain memberi makanan komersial, anda boleh member makanan lain seperti sayur-sayuran yang dipotong, tumbuhan air, ikan hidup yang kecil,ulat, cengkerik dan lain-lain.
Pengalaman saya yang pernah memelihara haiwan kecil ini, selain kebersihan tempat pelihara, pemberian makanan tambahan seperti diatas akan terhindar daripada sakit mata dan juga kulit tidak kusam. Kura-kura telinga merah boleh hidup sehingga 50-70 tahun.
Ada beberapa orang pemilik haiwan yang bertanya saya,bagaimana hendak tahu perbezaan kura-kura jantan dan betina. Cara pertama adalah dengan melihat kuku kura-kura. Kuku kura-kura jantan lebih panjang daripada kura-kura betina. Cara yang kedua adalah dengan menterbalikkan kura-kura dan lihat rupa bentuk cengkerang dibawah. Kura-kura jantan mempunya rupa bentuk yang sedikit mencengkung berbanding kura-kura betina yang sedikit mendatar
0 komentar:
Posting Komentar